Saturday, February 11, 2012

TINDAKAN SEGERA: MUAT TURUN GURUMEN TERKINI

Salam Sejahtera Semua Guru Data JB

Merujuk keputusan bengkel kutipan OPMEN 31 Jan 2012 antara pihak PPD dan JPN yang diadakan pada 10 Februari 2012 di STAR1 adalah seperti berikut:
1) Terdapat beberapa sekolah ditambah atau dikurangkan bilangan kelas setiap Tingkatan

Mohon guru data untuk meneliti perkara berikut:
1) Memuat turun gurumen yang telah disahkan pada bengkel OPMEN 10 Februari 2012
MUAT TURUN DISINI

2) Pilih gurumen sekolah masing-masing

3) Pada Menu Utiliti/ABM ---> pilih menu import data ---> pilih gurumen yang dimuat turun tadi
4) Semak bilangan kelas setiap tingkatan, terdapat perubahan bil kelas pada sesetengah sekolah. mohon pihak tidak meminda bilangan kelas tersebut kerana ianya telah ditetapkan oleh pihak JPN dan PPD dengan persetujuan pengetua.
5) Sekolah hanya boleh mengemaskini bilangan enromen sahaja tanpa meminda bilangan kelas yang ditetapkan. Jika pihak sekolah merasakan bilangan kelas tersebut tidak sesuai, mohon hubungi En. Saliman untuk penjelasan lanjut.
6) Jika terdapat kemusykilan, mohon hubungi segera En. Saliman Bin Selamat @ En. Rohaizad Bin Selemin

Untuk penghantaran data 16 Feb 2012, guru data mesti menggunakan gurumen yang dilampirkan ini untuk mengelakkan pertembungan dengan pihak JPN

Sekian. Terima Kasih



Friday, February 3, 2012

RALAT OPMEN: SEMAKAN 31 JAN 2012

Salam Sejahtera

Mohon guru data memuat turun ralat OPMEN 31 Januari 2012 dibawah

1)Muat turun ralat OPMEN 31 Jan 2012

2)Membuat pembetulan pada sistem OPMEN jika ianya berkaitan dengan sekolah tuan/puan

3)Menghantar semula gurumen data yang telah dibetulkan ke email : kgskppdjb@gmail.com secepat mungkin

Terima kasih


Wednesday, February 1, 2012

KUTIPAN DATA OPERASI MENENGAH (OPMEN) / DATA KEDUDUKAN GURU SEK MENENGAH BERAKHIR 31 JANUARI 2012

Semua Guru Data diminta menghantar dengan SEGERA GURUMEN bagi Data Kedudukan Guru berakhir 31 JANUARI 2012.

Mohon kerjasama juga untuk memastikan perkara-perkara berikut di buat semakan dan pembetulan:

1.
Pergerakan keluar masuk guru yang melibatkan
  • kemasukan Guru INTERIM. (tagging sebagai K03 - Kontrak)
  • kenaikan pangkat,
  • pindah dalam dan luar daerah,
  • pertukaran keluar ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
2. dan lain-lain sekiranya ada.

Sehubungan dengan itu, semua Guru Data dikehendaki menghantar GURUMEN berkenaan pada hari Khamis, 2 Februari 2012 secara emel di :
emel: kgskppdjb@gmail.com


Mohon guru data meneliti perkara dibawah sebelum menghantar gurumen 31Jan2012

1) Semak ralat peringkat PPD dan betulkan jika ianya berkaitan sekolah tuan/puan
Muat turun disini

2) Semak ralat peringkat JPN
dan betulkan jika ianya berkaitan sekolah tuan/puan
Muat turun disini

3) Kemaskini data OPMEN terkini dan mohon semak ralat menggunakan Utiliti Semak Negeri Sembilan

4) hantar tepat pada masanya sebelum jam 5.00 petang 2 Februari 2012


Terima kasih